Perubahan Posisi Punca Selangor Bolos Di Babak Pertama
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi mengakui perubahan posisi pasukan itu menyebabkan Merah Kuning dibolosi Kuching City FC pada separuh masa pertama.

The Cats meraih gol pendahuluan menerusi Ramadhan Saifullah. Selangor kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Mukhairi Ajmal.

Ad

Tatkala pelawat meningkatkan tekanan untuk mendapatkan gol kemenangan, Jimmy Raymond menceriakan Kuching City dengan gol kemenangan.

Ad

Kinoshi mengakui perubahan posisi pasukan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada bentuk formasi Merah Kuning.

Perubahan tersebut mengakibatkan Selangor terdedah kepada serangan balas pantas Kuching City sekaligus menyebabkan mereka dibolosi pada babak pertama.

Ad

“Pada separuh masa pertama, kita ditimpa malang dan dibolosi disebabkan perubahan posisi (pasukan). Kita kena perbaiki ia tapi kita kena kembali kepada bentuk kita dan kita kehilangan satu gol.

Ad

“Pada babak pertama, kita berdepan masalah (perubahan) posisi yang salah dan kita dihukum,” katanya selepas perlawanan.

Ad

Keputusan ini menyaksikan Kuching City kini menghuni tangga ketiga liga dengan 36, 10 mata di belakang Selangor.

Merah Kuning kini mengalihkan fokus kepada aksi liga menentang Terengganu FC pada 5 April. The Cats pula bersiap sedia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 17 April.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments