Perviz Qureshi, bapa kepada pemain kacukan Iraq-Malaysia, Jaami Qureshi, menafikan kenyataan dibuat Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar.
Perviz tidak menolak berlakunya perbincangan di antara kedua-dua pihak namun menurutnya terdapat beberapa kenyataan yang dikeluarkan FAM adalah lari dari konteks asal dan tidak tepat.
Pervis Qureshi sebelum ini meluahkan kekecewaannya dan mendakwa FAM tidak berusaha membawa pulang Jaami ke Malaysia namun FAM menerusi kenyataan rasmi sebelum ini menafikan hal tersebut.
Menurut Pervis, tuduhan berkenaan perihal tempoh kuarantin dan taraf kerakyatan adalah tidak benar dan beliau akan mengeluarkan satu keyataan penuh dalam tempoh terdekat.
“Komen FAM di dua perenggan terakhir adalah sangat tidak tepat dan mengelirukan, satu kenyataan penuh akan dikeluarkan dalam masa terdekat.” Jelas Pervis memberikan komentar di Instagram FAM.
Sebelum ini FAM menjelaskan tidak akan berkompromi dalam mematuhi peraturan, garis panduan dan undang-undang kerajaan berhubung proses kuarantin berkaitan COVID-19 serta taraf kerakyatan untuk mana-mana individu bagi semua peringkat umur pasukan kebangsaan.
Permasalah ini memperoleh reaksi berbeza oleh penyokong bola sepak Malaysia namun terdapat penyokong yang mahu masalah ini diselesaikan dengan baik demi kebaikan bola sepak negara.