Perviz Qureshi: Tiada Komunikasi Antara FAM Kepada Jaami & Pemain Warisan Lain
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Polemik Jaami Qureshi dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum tamat dan bapa Jaami, Perviz Qureshi menafikan dakwaan FAM dalam satu kenyataan sebelum ini.

Sebelum ini FAM menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa FAM tidak berusaha menghubungi Jaami Qureshi untuk mewakili Malaysia namun bapa Jaami menyangkal beberapa dakwaan seperti isu kewarganaan dan isu tidak memberi kerjasama kepada FAM.

“Saya baca kenyataan FAM, dan saya rasa ianya lari dari konteks.

Advertisements

“Mereka tidak menghubungi saya sejak 2 tahun lalu dan tidak menunjukkan minat terhadap Jaami.

“Bukan saja Jaami, pemain lain yang kamu kenali seperti Richard, Isaac, Kobe, Josh Belcher dari Jerman.

“Tiada sesiapapun yang berkomunikasi bukan saja kepada Jaami tetapi kepada pemain lain.” Jelas Perviz kepada Fina Nasrom di Astro Arena.

Advertisements

Selain itu Perviz turut menjelaskan pihak Iraq berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa Jaami dan pemain warisan lain mewakili Iraq walaupun tidak fasih berbahasa Inggeris.

“Mereka terbang ke England, Sepanyol dan negara lain di Eropah datang untuk melihat perlawanan. FAM tidak keluar dari pejabat, mereka lihat dari pejabat.

“Tahun 2020 ketika perintah kawalan pergerakan (PKP), mereka meminta Jaami untuk datang ke Malaysia 3 bulan. Di sini Liga Perdana Inggeris baru bermula dan Jaami tidak boleh datang 3 bulan ke sana. Kelab juga tidak akan membenarkannya.

Advertisements

“Jadi saya mencadangkan kepada mereka untuk menghantar scouting ke sini dan lihat Jaami beraksi. Jika mereka tidak boleh melakukan itu, maka mereka gagal dalam pekerjaan mereka.

“Sangat penting untuk Jaami beraksi bersama Malaysia disebabkan peminat. Mereka sangat teruja dan ini amat penting namun FAM tidak menunjukkan minat.

“Tiada komunikasi, penyokong amat membantu tetapi FAM tidak.” Jelas Perviz menamatkan perbualan.

Advertisements

Beliau tutut memuji DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang disifatkannya sebagai seorang yang berilmu dan bersemangat menguruskan bola sepak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram