Pesanan jurulatih USA menjadi panduan buat Malaysia dalam misi untuk mengekang New Zealand.
Pasukan kendalian Pau Marti memperagakan akai terbaik sungguhpun terikat dengan keputusan 1-1 menentang Auckland.
Katanya, para pemain telah beraksi sebaik mungkin dan mendapat gambaran awal menentang All Whites pada 14 Oktober ini.
“Kita mengharungi aksi yang baik menentang Auckland FC. Walaupun mereka kelab baru, mereka telah melabur banyak untuk memantapkan pasukan.
“Ini menjadi ujian yang baik buat Harimau Malaya terutamanya kerana kita bakal menghadapi New Zealand. Kita menjangkakan aksi yang sama, amat fizikal dan laju,” jelasnya selepas menentang Auckland.
Pengendali USA, Mikey Varas memuji kualiti yang dimiliki oleh barisan pemain All-Whites yang dianggap mempunyai kualiti tersendiri di atas padang.
“Mereka (New Zealand) mahu bermain. Mereka mahu memiliki bola. Banyak pergerakan, banyak bertukar posisi.
“Bentuk permainan mereka sangat dinamik dan mereka mahu mendapatkan bola ke dalam kotak lebih awal,” jelasnya ketika pra-perlawanan tempoh hari.
Aksi antara Malaysia dan New Zealand penting buat skuad negara mengekalkan rekod cemerlang sungguhpun peluang untuk memasuki Balang 1 sudah pun tertutup.