Ads
Pesanan Terakhir Kim Pan-gon Kepada Faisal Halim
Harimau Malaya
FA Malaysia/AimaMakanBola

Bekas Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon telah menitipkan pesanan terakhir kepada Faisal Halim.

Advertisements

Pemain berusia 26 tahun itu telah kembali dalam senarai pemain Gergasi Merah menentang Terengganu FC bagi aksi separuh akhir Piala FA 2024.

Advertisements

Kehadirannya jelas menyuntik semangat pemain Selangor apabila mencatatkan kemenangan 4-1 di Stadium MBPJ.

Advertisements
Advertisements

Faisal Halim dalam satu kenyataan kepada Selangor FC sempat berkongsi pesanan terakhir pengendali kelahiran Korea Selatan itu sebelum meninggalkan Harimau Malaya.

“Sudah tentu sebagai pemain, saya rasa sedih kerana sebagai pemain yang pernah bekerja dengan Kim Pan-gon, saya tahu beliau punya keikhlasan dan karakternya.

Advertisements

“Kim Pan-gon telah banyak mengubah karakter setiap pemain dan juga karakter skuad kebangsaan,” katanya.

Faisal juga melihat kehadiran pengendali kelahiran Korea Selatan itu yang hanya mampu terduduk dan sebak telah menyentuh hatinya.

“Apa yang saya boleh katakan, saya sangat sedih. Ketika di hospital beliau ada datang melawat saya, beliau masuk pintu hospital dan tidak bercakap, beliau menangis hampir 5 minit beliau duduk di sebelah saya dan tidak bercakap apa-apa.

“Itu adalah momen-momen saya tersentuh walaupun bukan bangsa dan rakyat kita, beliau ikhlas dengan tanggungjawabnya,” jelas Faisal Halim kepada Selangor FC+.

Advertisements

Beliau juga kini sudah pun mula menjalani latihan penuh seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil selepas aksi bertemu Terengganu tempoh hari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram