Peserta Ironman Lemas Secara Tiba-Tiba
UltraSukan
LADA
Sponsors

Kejohanan Ironman Langkawi 2023 diselubungi sedikit detik cemas apabila tiga orang peserta dilaporkan lemas semasa melakukan disiplin renang.

Kejadian ini berlaku sekitar pagi semalam. Menurut wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, mangsa dibawa keluar dari air sebelum diberi bantuan kecemasan oleh pasukan perubatan.

Ad

Setelah itu, ketiga-tiganya dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan lanjut. Faktor kecergasan dilihat menyumbang kepada insiden tersebut.

Ad

Kejohanan Ironman Langkawi 2023 dimenangi oleh pasangan suami isteri dari Australia, Ashleigh Gentle dan Josh Amberger dalam kategori masing-masing.

https://twitter.com/syfansr/status/1710616025954435440

Gentle muncul juara kategori wanita dengan catatan masa 4 jam 10 minit 17 saat. Manakala Amberger pula memenangi kategori lelaki dengan catatan masa 3 jam 50 minit 47 saat.

Ad

Ad