Ads
Pestabola Merdeka: India Mahu Lawan Malaysia Sekali Lagi
Harimau Malaya
FA Malaysia

Kejohanan Pestabola Merdeka 2024 bakal berlangsung sekitar bulan September dan Oktober namun India sudah menyimpan hasrat untuk kembali bertemu Malaysia.

Advertisements

India baru sahaja mengumumkan perpisahan bersama Ketua Jurulatih, Igor Stimac selepas kempen kurang memberangsangkan pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Pasukan ke-124 dunia itu gagal mara ke pusingan ketiga selain mengalami kejatuhan mendadak dalam ranking FIFA ketika ini.

Advertisements
Advertisements

Menurut laporan oleh akhbar India iaitu Hindustan Times, mereka menyimpan hasrat untuk kembali beraksi pada Pestabola Merdeka tahun ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF), Kaylan Chaubey memberitahu bahawa mereka mahu mengajurkan kejohanan tiga penjuru pada bulan September dan beraksi di Pestabola Merdeka pada Oktober.

Advertisements

“Harapnya kita (India) dapat beraksi pada Pestabola Merdeka, Oktober ini,” jelasnya.

Bekas pengendali India itu juga menyebut semula kisah gol yang dinafikan ketika bertemu Malaysia selain jaringan aneh Qatar memberi kesan kepada pasukannya.

Advertisements

Pada pertemuan Pestabola Merdeka 2023, Harimau Malaya mencatatkan kemenangan dramatik 4-2 ke atas India di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram