Petanda Positif Masa Depan Bergson Di JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bergson Da Silva seakan memberi bayangan postif masa depannya di Johor Darul Ta’zim (JDT) musim hadapan.

Nama Bergson Da Silva menjadi bualan sebelum ini selepas bintang dari Brazil itu seakan berteka-teki mengenai masa depannya setelah hampir 5 tahun menabur bakti untuk JDT dan mahu memberikan aksi terbaik jika diberi peluang.

“Saya tidak tahu bila final seterusnya buat saya. Saya juga tidak tahu adakah saya akan beraksi lagi buat JDT.”

“Kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi esok. Kita perlu melihat kepada apa yang ada hari ini. Peluang untuk menang satu lagi kejuaraan,” ulasnya pada sesi sidang media pra-perlawanan akhir Piala Malaysia Jumaat minggu lalu.

Kata-kata Bergson tersebut tular dalam kalangan peminat Harimau Selatan yang masih menilai tonggak berusia 36 tahun tersebut mampu memberikan sumbangan buat pasukan Juara Liga Super 12 kali itu di masa akan datang.

Kerisauan penyokong bagaimanapun sedikit terubat sebaik tamat aksi final Piala Malaysia pada Sabtu lalu apabila Bergson memberi bayangan ringkas mereka akan bertemu lagi pada musim hadapan sambil berjalan keluar dari stadium.

“Jumpa kalian musim hadapan,” kata Bergson Da Silva penuh ceria selepas perlawanan akhir itu yang sempat dirakam oleh Malaysian Football League (MFL).

Musim 2025-2026 ini menyaksikan Bergson sekali lagi membuktikan bisa yang dimilikinya setelah mengakhiri saingan Liga Super sebagai penjaring terbanyak dengan mengumpul 27 jaringan dalam 22 perlawanan buat JDT.

Secara keseluruhan, Bergson menjaringkan 42 gol dan melakukan dua bantuan jaringan dalam 47 perlawanan yang ditempuhi bersama skuad Harimau Selatan sepanjang musim 2025-2026 yang lalu.

Claim Money Packet TnG