Peter Cklamovski Dedah Sebab Pemilihan Posisi Dion Cools
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski berkongsi sebab di sebalik pemilihan Dion Cools sebagai bek kanan ketika aksi menentang Nepal baru-baru ini.

Sejak mewakili Malaysia buat kali pertama pada 3 Jun 2021, pemain pertahanan berusia 28 tahun itu kerap beraksi sebagai bek tengah.

Ad

Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila Cools menyertai Buriram United pada Januari 2023. Semasa di Buriram, beliau lebih kerap digunakan sebagai bek kanan.

Ad

Keberkesanan Cools beraksi di posisi berkenaan terserlah terutama dalam kempen Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim 2024/25.

Cklamovski melihat bekas pemain pertahanan Jablonec itu sesuai beraksi di bek kanan kerana menawarkan kekuatan dari segi menyerang dan bertahan.

Ad

“Keputusan itu dibuat berdasarkan apa yang saya fikir kesinambungan yang kuat untuk kita bila menyerang dan bertahan,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

“Dion (Cools) menunjukkan persembahan yang kuat sebagai pemimpin pasukan ini. Saya amat gembira dengan persembahan beliau.”

Ad

Persembahan mantap yang dipamerkan Cools membantu Harimau Malaya menewaskan Nepal 2-0. Hector Hevel dan Corbin Ong masing-masing mencetak nama sebagai penjaring.

Kini, tumpuan beralih pula kepada aksi kedua kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments