Peter Cklamovski: Teruskan Impian Ke Piala Asia
MakanBola
Malaysia NT

Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski berharap penyokong tidak putus asa untuk menyokong impian pasukan itu ke Piala Asia 2027.

Harapan itu dizahirkan beliau dalam temubual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam baru-baru ini.

Cklamovski melihat peluang Harimau Malaya masih lagi terbuka meskipun perlu bertandang ke Vietnam untuk aksi terakhir Kumpulan F pada 31 Mac ini.

Justeru, sokongan Ekor Harimau Malaya ditagih skuad negara untuk merealisasikan misi ke Piala Asia 2027.

“Teruskan menyimpan impian ke Piala Asia. Kita kena pergi ke Vietnam sebagai skuad kebangsaan dan memenuhi misi dan menduduki tempat teratas kumpulan selepas tamat perlawanan.

“Sekarang, itu yang kita impikan. Itulah yang kita usahakan untuk (impian berkenaan). Itulah realiti gambaran yang kita lihat sekarang,” katanya.

Malaysia ketika ini menduduki tangga teratas Kumpulan F dengan 15 mata, tiga mata di hadapan Vietnam.

Skuad negara akan menentang Pahlawan Bintang Emas di Stadium Thien Truong pada 31 Mac ini.