Peter Cklamovski Tinjau Aksi Selangor Lawan CAHN
MakanBola
Malaysia NT

Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski dilihat berada di Stadium MBPJ untuk menonton aksi Shopee Cup antara Selangor FC dan Cong An Ha Noi FC (CAHN FC).

Kehadiran beliau untuk aksi ini dikongsikan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Jurulatih Australia itu hadir bersama Koordinator Pasukan, Zul Fadli Rozi.

“Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski turut hadir ke Stadium MBPJ bagi menyaksikan aksi kumpulan A Shopee Cup 2025/2026 di antara Selangor menentang Cong An Ha Noi,” katanya di X.

Cklamovski dilihat meninjau kekuatan CAHN yang dibimbing bekas jurulatih Thailand, Mano Polking. Ini kerana ramai tonggak skuad kebangsaan Vietnam beraksi untuk pasukan itu.

Antaranya Filip Nguyen, Jason Pendant Quang Vinh dan kapten Pahlawan Bintang Emas, Nguyen Quang Hai.

Aksi ini juga memberi peluang kepada Cklamovski menilai prestasi semasa pemain Harimau Malaya yang mewakili Selangor. Antaranya Faisal Halim, Quentin Cheng dan Nooa Laine Hamzah.

Skuad negara akan turun menentang Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan F pada 31 Mac ini. Aksi ini akan menentukan pasukan mana yang akan layak ke Piala Asia 2027.

Vietnam sudah mengatur persiapan untuk aksi tersebut dengan mengadakan aksi persahabatan dengan Bangladesh pada 26 Mac.