Ura-ura mengatakan Heberty Fernandes bakal meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin kuat dibincangkan.
Heberty Fernandes tampak sedikit bergelut mencari minit permainan musim ini selepas berdepan persaingan sengit untuk mendapatkan tempat dalam skuad Harimau Selatan yang dibarisi rata-rata pemain yang berkualiti dalam pasukan.
Persaingan tinggi ini membuatkan nama Heberty Fernandes sering tercicir sebelum permainan dengan kali terakhir pemain berusia 38 tahun ini turun beraksi adalah pada Disember lalu dalam saingan Liga Super bertemu KL City
Menerusi perkongsian di instastory, Bergson da Silva memuat naik gambar bersama rakan sepasukan JDT beserta kapsyen yang memberikan bayangan perpisahan dengan Heberty bakal berlaku tidak lama lagi sebaik musim ini berakhir.
Hantara tersebut diulang siar oleh Heberty di laman Instagram peribadinya sekali gus menguatkan andaian peminat bahawa bekas penyerang Bangkok United ini bakal meninggalkan juara Liga Super selepas 3 musim bersama.

Sebagai rekod, Heberty cuma membuat 13 penampilan musim ini bersama JDT dan mencatatkan 3 jaringan serta dua bantuan gol sebelum kelibatnya tidak menjadi pilihan untuk membarisi kesebelasan utama pasukan Harimau Selatan.
Sehingga kini, tiada sebarang pengesahan rasmi dari pihak JDT mengenai status Heberty Fernandes selepas musim 2025-2026 melabuhkan tirainya.