Berikutan maklum balas pihak Football Association of Malaysia (FAM) tempoh hari yang menyelar kenyataan Ketua Eksekutif PFAM, hari ini Professional Footballers Association of Malaysia (PFAM) yang memperjuangkan hak pemain bola sepak sejak tahun 2014 melancarkan kempen #SolidaritiUntukPemain.

Krisis pembayaran gaji yang kian meruncing memaksa pihak PFAM mengeluarkan kenyataan panas pada 4 Ogos 2019 dengan tajuk “Bala RM6.4 Juta”.
Namun kenyataan ini tidak disenangi pihak FAM lantas kenyataan balas dikeluarkan sehari kemudian di mana Stuart Ramalingam, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengaggap PFAM sebagai tidak bertanggungjawab dan merumitkan lagi keadaan.

Lantas barisan PFAM hari ini mengeluarkan maklum balas dengan 26 isi penting yang dijelaskan panjang lebar di laman Facebook rasmi mereka bagi menjawab tuduhan FAM.