PFAM Turun Padang, Bantu Kerja-Kerja Pembersihan
Dunia
pfamalaysia
Advertisements

Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Professional Malaysia (PFAM) semalam turut bersama turun padang bagi membantu melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terlibat dengan banjir.

Pasukan PFAM yang diketuai oleh Izham Ismail datang membersihkan kediaman bekas pemain Kuala Lumpur, Azlan Zainal. Azlan yang juga merupakan ahli PFAM baru-baru ini telah ditimpa musibah bencana banjir yang mengakibatkan kediamannya terjejas.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman media sosial PFAM, Presiden dan Timbalan Presidennya, Safee Sali dan Razman Roslan serta beberapa kakitangan PFAM yang lain juga bersama membantu membersihkan kediaman Azlan dan menyalurkan bantuan.

Advertisements

Terdahulu, hujan lebat yang berterusan selama tiga hari dalam minggu ini telah mengakibatkan kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang seperti Shah Alam dan Hulu Langat dilanda bencana banjir. Turut sama negeri-negeri lain seperti Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. 

Semoga semua mangsa yang terlibat dengan bencana banjir kali ini dipermudahkan urusan selalu dan tabah dalam melalui ujian. Semoga negara kita segera sembuh.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram