Piala AFF: Kim Pan-gon Kena Nilai Dulu Pemain Yang Dipanggil Sebelum Tetap Sasaran
Dunia
Khairul / Makanbola
Advertisements

Bukan tak berani letak sasaran tinggi menggunung di Piala AFF Mitsubishi Eletric yang berlangsung bulan depan, sebaliknya mahu berpijak pada bumi nyata.

Mungkin itulah yang bermain di fikiran pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang hanya mahu menetapkan sasaran selepas dua aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives.

Jika Kim Pan-gon mempunyai barisan terkuat, separuh akhir atau akhir pasti menjadi sasarannya, tetapi tanpa 12 pemain utama dari Johor Darul Takzim yang tidak dapat bersama pasukan kali ini, sememangnya dia kena menilai dulu barisan pemain yang dipanggil.

Advertisements

Apatah lagi ada di antara mereka kali pertama dipanggil ke kem kebangsaan, contohnya dua pemain naturalisasi Lee Tuck dan Sergio Aguero, Haqimi Azim dan Aliff Haikal dan Stuart Wilkin.

“Beliau akan menilai prestasi 30 pemain yang telah dipanggil ketika aksi persahabatan tersebut dan menyenaraipendek 23 pemain ke Piala AFF, sebelum mengumumkan sendiri apa sasarannya di edisi kali ini,” kata Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dipetik dari Bernama.

Baru-baru ini FAM mengumumkan senarai 29 pemain bagi menghadapi pertandingan itu dengan hanya tujuh pemain dari skuad yang kandas di peringkat kumpulan tahun lalu dipanggil iaitu Dion Cools, Dominic Tan, Quentin Cheng, Kalamullah Al-Hafiz, Mukhairi Ajmal, Safawi Rasid dan Faisal Halim.

Advertisements

12 pemain JDT termasuk Arif Aiman, Matthew Davies, Corbin Ong dan Shahrul Saad kesemuanya digugurkan setelah masing-masing tidak dapat memenuhi panggilan kali ini atas alasan tersendiri.

Pertahanan kiri Selangor, Fazly Mazlan menjadi pemain terbaru dipanggil pada Khamis untuk melengkapkan skuad 30 pemain yang kemudiannya akan diperkecilkan kepada 23 pemain.

Untuk Piala AFF kali ini, Malaysia yang pernah muncul juara sekali pada 2010 telah diundi di dalam Kumpulan B bersama-sama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Laos.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram