Pentas separuh akhir Piala AFF Suzuki 2020 bermula dengan pertembungan di antara pasukan Singapura menentang Indonesia di Stadium Nasional Singapura malam ini. Perlawanan tersebut menyaksikan Singapura dan Indonesia meraih keputusan seri, 1-1.
Babak pertama bermula dengan gol pembukaan pada minit ke-28 permainan menerusi pasukan Indonesia. Witan Sulaeman berjaya menjadi peledak apabila gerakan cantik satu dua antara Witan dan Asnawi gagal disekat pertahanan Singapura sekaligus menghukum pasukan tuan rumah.
Gol pembukaan itu terus kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Indonesia mendahului Singapura 1-0 dihadapan.
Separuh masa kedua bermula dengan kedua-dua pasukan dilihat melakukan asakan demi mencari jaringan. Permainan tampak seimbang dari segi penguasaan bola. Pengendali Singapura, Tatsuma Yoshida melakukan dua pertukaran pada minit ke-64 permainan dengan memasukkan fresh-leg bagi mempertajamkan bahagiuan serangan.
Taktikal itu membuahkan hasil apabila Singapura berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil lorongan kemas Faris Ramli kepada Ikhsan Fandi. Sepakan deras Ikhsan pada minit ke-70 permainan gagal diselamatkan penjaga gol Indonesia.
Tiga minit masa tambahan yang diberikan pengadil tidak mengubah keputusan perlawanan. Singapura dan Indonesia seri dengan jaringan 1-1. Separuh akhir kedua antara Indonesia dan Malaysia dijadualkan pada 25 Disember, pada Sabtu.