Advertisement
Piala AFF: ‘Tangan Liat’ Syihan Pastikan 3 Mata Penuh Milik Malaysia
Dunia
MakanBola
FA Malaysia

Pertembungan aksi pembukaan antara pasukan Malaysia menentang Myanmar berlangsung dengan cukup sengit sebelum kemenangan menjadi milik skuad negara.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon menurunkan kesebelasan terbaik manakala tuan rumah juga menampikan para pemain bintangnya dalam misi memburu tiga mata penting pada petang ini.

Myanmar dilihat lebih selesa untuk mengawal permainan dengan hantaran-hantaran pendek untuk menguasai bola sepanjang 45 minit babak pertama.

Bersambung babak kedua, kemasukan pemain naturalisasi negara, Lee Andrew Tuck jelas mengubah rentak permainan Harimau Malaya.

Malaysia memecah kebuntuan menerusi pemain sensasi negara, Faisal Halim yang mudah memperdaya penjaga gol Myanmar, Kyaw Zin Phyo.

Percubaan demi percubaan yang diusahakan oleh anak didik Antoine Hey masih dapat ditenangkan oleh penjaga gol utama Malaysia, Syihan Hazmi.

Keputusan perlawanan kekal hingga wisel penamat dibunyikan sekaligus menyaksikan Malaysia memperoleh tiga mata penuh sebelum turun berdepan Laos, Sabtu ini.