Piala AFF: Vietnam Tewaskan Myanmar
Dunia
TrendsViet
Advertisements

Aksi terakhir saingan Kumpulan B kejohanan Piala AFF 2022 hari ini menyaksikan pertembungan antara pasukan Vietnam dan Myanmar.

Skuad Vietnam di bawah kendalian Park Hang-seo tidak berdepan laluan sukar untuk menudukkan Myanmar. Vietnam berjaya atasi Myanmar dengan keputusan 3-0.

Babak pertama perlawanan dihiasi dengan dua jaringan gol. Seawal minit kelapan permainan, pertahanan Myanmar, Zin Lwin tertampan masuk bola ke gawang sendiri. Jaringan pembukaan itu terus disusuli jaringan kedua buat Vietnam pada minit ke-27 permainan menerusi Nguyen Tien Linh.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 2-0.

Aksi separuh masa kedua bermula dengan banyak asakan direncanakan skuad Vietnam dan memaksa pasukan pelawat untuk bertahan.

Pada minit ke-72 permainan, Ngoc Quong terus menambah duka Myanmar apabila beliau melengkapkan malam gemilang skuad Park Hang-seo dengan menjaringkan gol ketiga buat pasukan.

Advertisements

Masa tambahan yang diberikan pengadil tidak mengubah keputusan perlawanan. Perlawanan tamat, Vietnam 3-0 Myanmar.

Kemenangan ini menjadikan Vietnam secara sah muncul juara Kumpulan B sekaligus bakal bertemu Indonesia di pentas separuh akhir Piala AFF 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram