Piala Asia 2023 Mungkin Diadakan Pada Tahun 2024
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Kejohanan Piala Asia 2023 berkemungkinan akan ditangguhkan pada tahun 2024 sekiranya Qatar atau Australia dipilih selaku tuan rumah.

Kejohanan berprestij ini disertai oleh empat negara iaitu Korea Selatan, Indonesia, Australia dan juga Qatar yang bertanding untuk menjadi tuan rumah.

Walau bagaimanapun, kejohanan ini tidak dapat diadakan pada tahun hadapan seperti yang direncanakan sekiranya dua negara tersebut yang terpilih.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John, beliau menjelaskan keputusan mengenai status tuan rumah bakal diumumkan pada 17 Oktober ini.

Beliau juga menegaskan pihaknya akan meneliti setiap tawaran yang disediakan negara-negara ini sebelum memilih negara yang terbaik bagi melangsung pertandingan ini.

“Negara yang terlibat sedang menyiapkan buku tawaran atau bidaan dengan yang ditawarkan.” 

Advertisements

“Selepas itu kami akan hantar pasukan melawat empat negara untuk mengesahkan apa yang ditawarkan dalam buku tawaran itu selari dengan apa yang ditinjau ketika lawatan.”

Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan  tempoh masa akan memakan sehingga 17 bulan sekiranya Qatar atau Australia yang dipilih.

“Jika negara Timur (Korea Selatan) dipilih, maka tarikh kejohanan mungkin Jun atau Julai tahun depan.”

Advertisements

“Kalau Australia atau Qatar dipilih salah satu, maka tarikh akan dipinda ke 2024 disebabkan perbezaan cuaca,” katanya ketika ditemui pada Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam.

Piala Asia pada awalnya dirancang untuk diadakan di China pada tahun hadapan.

Sungguhpun begitu, ia terpaksa dipilih semula ekoran keputusan negara Tembok Besar itu menarik diri susulan Covid-19.

Advertisements

Tempoh masa yang lama ini juga sudah pasti akan memberikan lebih banyak waktu buat Kim Pan-gon dan anak buah untuk merangka pelan yang sebaiknya bagi menghadapi pentas sebenar di Asia ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram