Piala Asia U23: Sedar Cabaran Berdepan Korea Selatan, Brad Maloney Mahu Susun Strategi Ampuh
Harimau Malaya
Piala Asia U23
Advertisements

Sehari menjelang perlawanan peringkat kumpulan kejohanan Piala Asia U23 di Uzbekistan, skuad negara yang dibimbing oleh Brad Maloney semakin selesa melakukan penyesuaian kepada cuaca dan keadaan persekitaran khususnya.

Perkara ini jelas dinyatakan oleh ketua jurulatih skuad U23 negara ketika memberikan maklum balas terhadap situasi semasa pemain-pemainnya disana.

“Sesi latihan semalam telah memperlihatkan satu penyesuaian yang baik kepada cuaca dan keadaan disini. Sesi ini juga adalah yang pertama selepas kami melakukan perjalanan yang jauh.”

Advertisements

“Saya gembira melihat pemain berada dalam keadaan selesa, positif dan teruja untuk turun beraksi.”

Bagaimana moral pemain ketika ini selepas kegagalan membawa pulang pingat dari Hanoi?

“Bagi saya pemain-pemain sangat ceria dan pastinya kita mahu membawa pulang sesuatu dari Hanoi (Sukan SEA), tetapi apa yang saya lihat pemain-pemain berada dalam keadaan gembira dan semangat pasukan amat positif menjelang kejohanan ini.”

Ketika menjawab soalan yang diajukan mengenai penggunaan VAR dalam kejohanan ini, Brad Maloney menjelaskan bahawa ia tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada pasukan kerana perkara itu lebih kepada penambahbaikan yang hanya berkaitan dengan pengadil serta pegawai perlawanan sahaja.

Advertisements

“Sebenarnya ia bukan satu perkara yang kami boleh kawal. Ia adalah sesuatu yang akan membantu pengadil dan pegawai perlawanan membuat keputusan. Satu benda yang bagus untuk mempertingkatkan kualiti kejohanan ini.

“Kami hanya mahu turun beraksi dan jika VAR digunakan, ia untuk pengadil dan bukan untuk kami.

Malaysia Hanya Sempat Lakukan 2 Sesi Latihan Sebelum Berdepan Korea Selatan

“Kami hanya memberikan fokus untuk persediaan perlawanan bertemu Korea Selatan. Mereka adalah sebuah pasukan yang kuat dan sangat kompetitif.”

Advertisements

“Mereka memiliki beberapa pemain berkualiti berpangkalan diluar negara. Saya jangkakan satu perlawanan yang mencabar, dan kami akan melakukan persiapan sewajarnya.”

Malaysia akan membuka tirai kejohanan Piala Asia U23 2022 ini apabila dijadualkan turun berdepan Korea Selatan esok pada jam 6 petang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram