Piala Asia U23: Thailand Senaraikan 8 Pemain Berpangkalan Di Eropah Ke Uzbekistan
MakanBola
FA Thailand

Skuad Thailand yang berada dalam kumpulan yang sama dengan skuad Brad Maloney mengesahkan senarai pemain-pemain mereka dimana 9 daripada berpangkalan diluar Thailand.

Menurut maklumat yang didedahkan oleh portal SiamSports semalam, 8 orang pemain dalam skuad bimbingan Woorawoot Srimaka itu berpangkalan di eropah dan seorang lagi berpangkalan di Jepun.

285138817 5505356509529010 4526953769402010834 n Piala Asia U23: Thailand Senaraikan 8 Pemain Berpangkalan Di Eropah Ke Uzbekistan

Berikut adalah senarai pemain Thailand yang berpangkalan di luar negara;

  • Jonathan Khemdee – Obi Odense, Denmark
  • Yannick Nussbaum – BSC Youngsboy, Switzerland
  • Nicholas Kengkhetkit Mikkelson – Obi Odense, Denmark
  • Thanawat Khangchitthaworn – Leicester City, England
  • Benjamin James Davis – Oxford United, England
  • Channarong Phromsrikao – Union Adabe, Spain
  • Chayapipat Suphanphaj – Estroil Praia, Portugal
  • Achitphon Kirirom – FC Augsburg, Germany
  • Sittichok Paso – FC Ryukyu, Japan

Thailand berada dalam kumpulan C bersama-sama Malaysia, Korea Selatan dan Vietnam akan membuka kempen peringkat kumpulan pusingan akhir Piala Asia U23 di Uzbekistan itu mulai 2 Jun 2022, dimana Thailand akan berdepan dengan pasukan Vietnam manakala Malaysia akan bertemu Korea Selatan.

Selain itu juga, dengan penyenaraian 9 pemain itu juga menjadikan Thailand sebagai pasukan paling ramai (berkongsi kedudukan dengan pasukan Iran) membawa pemain yang berpangkalan di luar negara dari semua 16 pasukan bertanding.

piala asia u23

Nota: 10 orang pemain skuad Thailand ini adalah pemain yang telah beraksi dalam acara bola sepak SUkan SEA 2021 di Vietnam.

Dibawah ini pula dalah senarai pasukan bertanding yang telah menyenaraikan pemain-pemain yang berpangkalan diluar negara untuk kempen pusingan akhir Piala Asia U23 2022.

  1. Thailand & Australia: 9 pemain.
  2. Iraq: 5 pemain.
  3. Korea Selatan & Jepun: 4 pemain
  4. Uzbekistan: 3 pemain
  5. Iran, Malaysia & Tajikistan: 2 pemain
  6. Jordan & Turkmenistan: 1 pemain

Untuk maklumat, hanya juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke pusingan suku akhir. Adakah skuad kali ini mampu untuk mengulangi rekod pada edisi 2018 di China?