Dua negara terbaik bakal merebut trofi Piala Dunia di pentas final tidak lama lagi.
Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 kini memasuki fasa kemuncak setelah lebih sebulan 48 negara serata dunia turun bertarung bagi merebut takhta kejuaraan dengan dua pasukan terbaik berjaya layak ke pentas akhir edisi ini.
Finalis Piala Dunia 2026 terdiri daripada Sepanyol dan Argentina selepas kemaraan penuh bergaya dilakar kedua-dua pasukan dengan kemenangan mengatasi Perancis dan England bagi menggenggam tiket ke perlawanan akhir.
Untuk rekod, Sepanyol pernah bergelar juara pada edisi 2010 lalu di Afrika Selatan manakala Argentina pula pastinya ingin mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Qatar pada edisi 2022 sekali gus mengumpul trofi ke-4 mereka.
Perancis dan England yang tewas di peringkat separuh akhir kini berdepan satu lagi tugasan untuk merebut tempat ke-3 terbaik Piala Dunia 2026 pada awal pagi Ahad, sekaligus mengubati kehampaan kedua-dua negara Eropah ini.
Jadual Aksi Penentuan Tempat Ke-3
Perancis vs Englans.
Tarikh: 19 Julai 2026.
Waktu: 5 Pagi Waktu Malaysia.
Jadual Aksi Final Piala Dunia
Sepanyol vs Argentina.
Tarikh: 20 Julai 2026.
Waktu: 5 Pagi Waktu Malaysia.