Perancis menepati ramalan ke separuh akhir Piala Dunia 2026 selepas melakar kemenangan bertenaga ke atas Maghribi pada awal pagi Jumaat.
Kemaraan Perancis ke separuh akhir dibantu dengan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Maghribi dalam pertarugan sengit dengan Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele mencipta persembahan memukau untuk meraih slot ke pusingan seterusnya.
Gandingan pada antara Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele sekali lagi menjadi taruhan di jentera serangan Perancis manakala kesebelasan utama Maghribi diketuai oleh Achraf Hakimi serta kelibat Bono di pintu gawang pasukan.
Kylian Mbappe berpeluang cerah untuk meletakkan Perancis di hadapan apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-28, akan tetapi tendangan penyerang Real Madrid itu ditangkap kemas penjaga gol Maghribi, Bono.
Kehampaan tersebut ditebus oleh Kylian Mbappe dengan jaringan pertama selepas sejam beraksi apabila sepakan bintang berusia 27 tahun itu berhasil menembusi gawang Maghribi untuk Perancis akhirnya memilin permainan 1-0
Selang 6 minit kemudian, giliran Ousmane Dembele melakar nama selaku penjaring dengan gol kedua untuk Perancis, hasil suatu gerakan balas yang dilancarkan sebelum percubaan leret tongggak PSG itu menewaskan Bono sekali lagi.
Aksi di Stadium Gillette, Foxborough berakhir dengan kemenangan 2-0 memihak Perancis sekali gus membawa Les Blues ke separuh akhir dan akan berdepan pemenang antara Sepanyol vs Belgium yang bakal turun dalam satu lagi perlawanan suku akhir.