Sepanyol melangkah ke final Piala Dunia 2026 selepas tampil cemerlang menumbangkan juara 2018, Perancis dalam aksi separuh akhir pada pagi Rabu.
Kemenangan bertenaga 2-0 Sepanyol ke atas Perancis dalam aksi separuh akhir memastikan tiket ke final Piala Dunia 2026 menjadi milik skuad La Roja sekali gus mengulangi pencapaian bersejarah mereka pada 16 tahun yang lalu.
Barisan terbaik menjadi taruhan dengan Sepanyol mengekalkan kesebelasan utama ketika aksi lalu manakala Perancis melakukan dua pertukaran apabila membawa masuk Bradley Barcola serta Aurelien Tchouameni dalam senarai pemain.
Sepakan penalti dihadiahkan buat Sepanyol setelah Lamine Yamal diterjah lewat oleh Lucas Digne dan Mike Oyarzabal dengan tenang menyudahkan tugasan tersebut untuk meletakkan La Roja mendahului permainan di minit ke-22.
Usaha Perancis untuk mencari gol penyamaan sering kali digagalkan oleh keampuhan benteng Sepanyol dengan siri serangan diketuai trio Ousmane Dembele dan Kylian Mbappe terus buntu bagi memecahkan pintu gawang lawan.
Kesempatan itu digunakan sebaiknya Sepanyol untuk menambah kelebihan di minit ke-58 setelah gerakan cantik satu dua antara Pedro Porro serta Dani Olmo disudahkan dengan cukup tenang oleh pertahanan kanan Spurs untuk gol kedua.
Pertarungan sengit berakhir dengan kemenangan 2-0 memihak Sepanyol sekali gus membawa La Roja ke final Piala Dunia 2026.