Piala Dunia: Benzema Buat ‘Comeback’ Mengejutkan Untuk Aksi Final?
Dunia
Football Espana
Advertisements

Mungkinkah aksi final Piala Dunia 2022 antara Perancis dan Argentina pada Ahad ini, akan menyaksikan penampilan kali pertama pemain terbaik dunia, Karim Benzema?

Benzema adalah pemain paling berprofil tinggi tersisih daripada skuad Perancis beberapa hari sebelum bermula kejohanan gara-gara kecederaan.

Namun, Didier Deschamps memilih untuk tidak memanggil pengganti bagi mengisi kekosongan satu slot, mengambil kira dia sudah mempunyai ramai pemain ofensif, dalam masa sama nama Benzema pula tidak digugurkan daripada skuad.

Advertisements

Ini membawa kepada kemungkinan dia boleh diturunkan jika sempat pulih, dan portal media terkemuka antarabangsa, The Sun melalui laporan yang mereka petik dari Marca, mendedahkan Benzema sudah kembali berlatih bersama rakan sepasukan lain.

Lebih penting, dia dikatakan sudah bebas sepenuhnya daripada kecederaan.

Apabila ditanya kepada Deschamps, mengenai peluang pemain yang akan genap berusia 35 tahun pada hari berlangsungnya final itu tampil dalam aksi final dan membantu Perancis mempertahankan kejuaraan, jelas pengendali itu tidak senang dengan soalan yang diajukan.

Advertisements

“Saya tidak berminat dan tidak perlu menjawab soalan itu, ia adalah soalan bodoh,” kata Deschamps.

Seorang wartawan dari Perancis, Juliens Lauren pula memberitahu, laporan bahawa Benzema telah kembali berlatih bersama Les Bleus adalah tidak benar dan dia tidak tahu dari mana datangnya cerita itu.

“Penyokong serta semua di kem Perancis tahu sejak Benzema meninggalkan pasukan dia tidak akan kembali, dia baru sahaja kembali berlatih bersama Real Madrid, jadi dia tidak cukup cergas untuk bermain di final Piala Dunia.

Advertisements

“Dia tidak bersama pasukan sejak saingan bermula, hampir sebulan berlalu dan kini tanpa dia pasukan sudah berada di final. Jadi ia tidak adil kepada pemain lain (jika dia kembali dan diturunkan).

“Adakah anda mahu Deschamps pergi dan memberitahu Marcus Thuram, ataupun Kolo Muani yang menjaringkan gol hanya 40 saat selepas masuk ketika menentang Maghribi bahawa Benzema telah kembali, jadi kamu tidak boleh diturunkan? Pastinya tidak!” ujar Lauren.

Kebimbangan utama dalam skuad Perancis menjelang aksi final adalah beberapa pemain kini mengalami demam serta selsema, dan terpaksa diasingkan daripada skuad.

Advertisements

“Ia berpunca daripada masalah suhu dan cuaca di Doha, jadi kami terpaksa berhati-hati agar demam atau selsema ini tidak merebak kepada lebih ramai pemain. Mereka telah lakukan yang terbaik tetapi sistem imunisasi mereka sedikit merosot, badan menjadi lemah dan cenderung dijangkiti virus,” ujar Deschamps.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram