Piala Dunia: Enrique Anggap Kegagalan Tewaskan Jerman Sebagai Memalukan
Dunia
Football 365 via FIFA
Advertisements

Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique mengakui sedikit kecewa dengan kegagalan pasukannya menewaskan Jerman dalam aksi Piala Dunia Kumpulan E, awal pagi Isnin.

Juara Piala Dunia 2010 itu dalam landasan terbaik melebarkan rekod kemenangan apabila mendahului pada minit ke-62 menerusi Alvaro Morata namun terpaksa berpuas hati dengan satu mata setelah Niclas Fullkrug menyamakan kedudukan tujuh minit sebelum tamat perlawanan.

Mereka mempamer aksi dominan dengan dua pemain muda, Gavi dan Pedri cukup mencuri tumpuan dalam aksi tersebut.

Advertisements

Bagi Enrique, dia mengakui ia adalah peluang keemasan yang dipersiakan apatah lagi kemenangan akan menyaksikan pasukannya selesa memimpin carta kumpulan.

“Ada satu perasaan yang pelik di bilik persalinan kerana kami berpeluang menewaskan Jerman. Tetapi memalukan apabila kami mensia-siakan kesempatan itu.

Advertisements

“Kita kurang kemas dan kurang segar sepanjang perlawanan berdepan Jerman, mungkin juga kurang ketenangan. Tetapi kami katakan tekanan juga satu kelebihan dan perlu menanganinya seperti biasa.

“Mungkin jika Marco Assensio menyudahkan peluang yang dia dapat, kita sudah membunuh kebangkitan Jerman. Keputusan ini sedikit menyedihkan tetapi kami tetap perlu gembira kerana kami masih mendahului kumpulan maut ini dan terus positif.

Advertisements

“Keputusan seri menentang Jepun nanti sudah cukup untuk kami layak tetapi kami tidak mahu berspekulasi. Kami akan turun dengan kekuatan penuh dan mendapatkan kemenangan untuk menjuarai kumpulan.

“Kalau kita mahu bermain tujuh perlawanan (sehingga final), kami perlu memberikan yang terbaik,” kata Enrique. 

Advertisements

Setelah tamat dua perlawanan, kesemua pasukan dalam Kumpulan E masih berpeluang untuk meneruskan kemaraan.

Sepanyol akan berentap dengan Jepun manakala Jerman pula menentang Costa Rica dalam aksi terakhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram