Sepanyol memastikan Portugal tersingkir di pentas Piala Dunia FIFA selepas mencatatkan kemenangan dalam aksi pusingan 16 terbaik pada awal pagi Selasa.
Kemenangan 1-0 Sepanyol berjaya menamatkan perjalanan Portugal dan Cristiano Ronaldo di pentas Piala Dunia FIFA dengan jaringan minit akhir oleh Mikel Merino membawa juara edisi 2010 itu melangkah ke pusingan suku akhir.
Kelibat Cristiano Ronaldo, Joao Felix dan Bruno Fernandes menjadi pilihan Portugal untuk membarisi jentera serangan manakala Sepanyol menurunkan kesebelasan terbaik diketuai oleh Rodri sambil dibantu Marc Cucurella serta Lamine Yamal.
Peluang terbaik buat Sepanyol membuka tirai jaringan hadir menerusi dua percubaan tepat berturut-turut oleh pemain sayap, Lamine Yamal dan Alex Baena namun Diogo Costa tampil cemerlang menafikan rembatan tersebut di gawang Portugal.
Gol yang dicari akhirnya tiba pada masa tambahan babak kedua setelah larian Mikel Merino berjaya memerangkap pertahanan Portugal sebelum pemain Arsenal itu melepaskan rembatan leret yang menembusi gawang.
Aksi sengit berakhir kemenangan 1-0 ke atas Sepanyol.