Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Info Siaran Langsung Malaysia vs Brunei (Live Streaming)
UltraSukan
Edit By FZ
Advertisements

Malaysia membuka kempen Kumpulan C acara berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan turun menentang Brunei Darussalam hari ini.

Kem negara mendapat suntikan semangat apabila meraih gelaran juara berganda dalam acara double dan regu yang berlangsung semalam.

Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan musuh tradisi, Thailand di pentas final kedua-dua acara. Ini kali pertama Malaysia bergelar juara dunia dalam sejarah penganjuran Piala Dunia Sepak Takraw.

Advertisements

Kem negara dijangka mengekalkan kepercayaan kepada barisan pemain seperti Noraizat Nordin, Azlan Alias, Aidil Aiman Zawawi dan Farhan Adam untuk menggalas cabaran berpasukan.

Selain Malaysia dan Brunei, Jepun juga berada dalam kumpulan C. Menariknya, ini juga dua lawan sama yang dihadapi regu negara dalam acara double sebelum ini.

Advertisements

Kesebelasan Utama Malaysia vs Brunei

Akan dikemaskini sejam sebelum perlawanan bermula.

Info Siaran Langsung Malaysia vs Brunei

Tarikh: 23 Mei 2024 (Khamis).
Masa: 3.00 petang.
Venue: Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: Astro Arena, Facebook Persatuan Sepak Takraw Malaysia dan YouTube We Are Sepak Takraw

Advertisements

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram