Advertisement
Piala Dunia U17: Indonesia Terus Kutip Mata Selepas Ikat Panama
Piala Dunia
MakanBola
PSSI

Skuad bawah 17 tahun Indonesia mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kejohanan Piala Dunia U17 2023 selepas berjaya mengikat Panama dengan keputusan 1-1 pada aksi Stadion Gelora Bung Tomo, Surabaya.

Beraksi di ribuan penonton sendiri, Indonesia tampak tidak kekok mempamerkan aksi bertenaga dengan beberapa gerak serangan merbahaya.

Panama terlebih dahulu di hadapan melalui Oldemar Castillo pada masa kecederaan separuh masa pertama melalui satu larian solo menarik yang menewaskan pertahanan Indonesia dan menyudahkannya dengan bola lob.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1-0 menjadi milik Panama.

Bersambung babak kedua, Indonesia membawa masuk beberapa pemain baharu bagi mendapatkan jaringan penyamaan.

Jaringan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba buat Indonesia pada minit ke-54 hasil tandukan kemas Arkhan Kaka yang menyambar hantaran lintang dari Welber Jardim sekali gus menjadikan kedudukan terikat 1-1.

Selepas terhasilnya gol tersebut, kedu-dua pasukan menggandakan asakan bagi mendapatkan gol. Namun malang sekali tiada jaringan tambahan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan dan kedudukan kekal 1-1 sehingga wisel penamat.

Dengan keputusan seri ini, Indonesia kini berada di tangga ketiga kumpulan A dengan mengumpul dua selepas dua keputusan seri berjaya dicatatkan. Manakala Panama kekal di tangga terbawah dengan hanya mengumpul 1 mata.