Advertising
Piala Dunia U17: Korea Selatan Tersingkir Awal, Dimalukan Burkina Faso
MakanBola
Korea FA

Pasukan bawah 17 tahun Korea Selatan terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal selepas gagal mara ke pusingan kalah mati apabila ditewaskan Burkina Faso.

Skuad kendalian Byun Sung-hwan gagal mencipta impak yang diharapkan selepas seri satu perlawanan dan dua kekalahan pada peringkat kumpulan.

Perlawanan bermula baik apabila Burkina Faso mengejutkan lawan dengan gol pembukaan menerusi jaringan cantik Jack Diarra untuk menewaskan Hong Seong-min pada minit ke-24.

Ad

Korea Selatan gagal mempamerkan aksi yang diharapkan apabila ketinggalan 1-0 pada babak pertama.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by 대한민국 축구 국가대표팀 (@thekfa)

Bersambung babak kedua, Korea Selatan akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi ledakan cantik penyerang muda berbisa, Kim Myeong-jun pada minit ke-49.

Ad
Ad

Burkina Faso bagaimanapun berjaya mengekalkan kawalan lebih baik untuk menghampakan Korea Selatan apabila menjaringkan gol pada lewat permainan menerusi rembatan Aboubaca Camara.

Ad

Tambahan masa 7 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Korea Selatan mengakhiri saingan peringkat kumpulan di tangga ketika sekaligus mengesahkan kemaraan USA dan Perancis ke pusingan berikutnya.