Dion Cools: Jika Argentina Ada 5 Messi, Sudah Tentu Lebih Mudah
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pertahanan kental Malaysia, Dion Cools optimis untuk meneruskan momentum cemerlang bagi menghadapi perlawanan kedua berdepan Taiwan bagi aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.

Kemenangan berdepan pasukan ke-101 dunia, Kyrgyzstan jelas menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk meneruskan rentak cemerlang.

Pemain berusia 27 tahun yakin ranking tidak memjadi penentu kepada pasukan yang berlawan kerana para pemain perlu memberikan sepenuhnya di atas padang.

Advertisements

“Kedudukan (ranking) itu pada saya tidaklah begitu penting. Apa yang pemain perlu lakukan adalah memberikan yang terbaik dan mencatat kemenangan.”

“Pasukan sudah pun menganalisis permainan lawan dan kita mahu membuat yang terbaik di laman lawan.”

Advertisements

Bekas bintang Club Brugge itu juga menjawab persoalan mengenai impian Malaysia ke Piala Dunia akan menjadi lebih mudah sekiranya pasukan mempunyai 3 lagi Dion Cools.

“Ya pada saya jika Argentina memiliki 5 Messi juga sudha pasti tugas mereka lebih mudah. Kita seharusnya percaya dengan kualiti para pemain dalam skuad semasa. Setiap pemain akan memberikan yang terbaik untuk menjulang Malaysia,” jelasnya pada sesi sidang media hari ini.

Advertisements

Dion Cools memainkan watak penting ketika berdepan Kyrgyzstan apabila dua jaringannya membantu Malaysia untuk melakar kemenangan dramatik di laman sendiri.

Kemenangan berdepan Taiwan bakal membantu Malaysia memperoleh tambahan +10.65 mata sekaligus membantu untuk melonjakkan kedudukan Malaysia ke tangga 129 dunia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram