Piala EFL: Chelsea Mudah Tumpaskan Brentford
Dunia
ChelseaFC
Advertisements

Chelsea FC kembali ke landasan kemenangan selepas berjaya menewaskan Brentford menerusi jaringan sendiri daripada pertahanan Brentford, Jansson dan Jorginho. Kemenangan ini sekaligus Chelsea berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala EFL.

Perlawanan bermula dengan seimbang apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan. Pemaon pasukan Brentford, Wissa hampir membuka jaringan pertama menerusi tandukkannya. Namun, Kepa lebih pantas untuk menghalang percubaan tersebut.

Pada minit 31, Brentford sekali lagi melakukan serangan balas menerusi sepakan deras Mbeumo. Kepa sekali lagi berjaya menyelamatkan keadaan. Lima minit sebelum tamat saparuh masa, Chelsea hampir membuka jaringan menerusi Vale. Namun, tandukkannya mudah dihalang oleh penjaga gol brentford, Fernandez.

Advertisements

Perlawanan separuh masa pertama tamat, 0-0.

Akhirnya, pada minit ke-80, Chelsea berjaya membuka jaringan pertama menerusi jaringan ‘owngoal’ Jansson, pertahanan lawan selepas menampan bola daripada sepakan James hingga masuk ke gawang sendiri.

Chelsea berjaya menambah jaringan menerusi sepakan penalti daripada Jorginho selepas pulisic dijatuhkan dalam kawasan kotak penalti pada minit ke-85 permainan.

Advertisements

Pasukan Brentford dilihat mencuba mencari jaringan untuk meneruskan permainan. Namun, tiga minit masa tambahan tidak dapat mengubah keputusan perlawanan. Perlawanan kekal dengan keputusan Brentford 0-0 Chelsea.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram