EFL Cup: Man United Disingkirkan Newcastle United
Eropah
Manchester United
Advertisements

Prestasi tidak menentu Man United berterusan apabila mereka disingkirkan Newcastle United dari Piala EFL awal pagi ini.

United amat memerlukan kemenangan selepas tewas 3-0 kepada Manchester City dalam aksi derby Manchester pada Ahad lepas.

Sementara Newcastle pula mahu bangkit selepas diikat Wolves 2-2 di Molineux pada Sabtu lepas.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan The Magpies mendominasi tuan rumah. Begitupun, mereka perlu menunggu sehingga minit ke-29 untuk mendahului menerusi Miguel Almiron.

The Red Devils makin tertekan apabila pemain pinjaman dari Chelsea, Lewis Hall meledakkan gol kedua pada minit ke-36. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, pengurus United, Erik ten Hag membuat beberapa pertukaran dengan harapan dapat membantu mereka bangkit.

Advertisements

Malangnya, apa yang diharapkan beliau tidak berlaku. Joe Willock menceriakan 7,000 penyokong The Magpies dengan gol ketiga pada minit ke-60.

Gol tersebut sudah cukup untuk merentap semangat juang United. Kemenangan 3-0 ini membantu mereka mara ke suku akhir Piala EFL.

Sofascore memberi markah 7.9 mata kepada Almiron dan Tino Livramento atas sumbangan mereka kepada Newcastle hari ini.

Advertisements

Kekalahan ini dijangka menambah tekanan kepada ten Hag selepas The Red Devils berdepan prestasi tidak menentu sejak dari awal musim.

Ten Hag kini berharap United dapat bangkit semula bila bertemu Fulham di Craven Cottage pada 4 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram