Piala EFL: Penentuan Penalti Bantu Liverpool Mara Ke Separuh Akhir
Dunia
LiverpoolFC
Advertisements

Liverpool menempah tempat ke pusingan separuh akhir Piala EFL selepas menewaskan Leicester City menerusi sepakan penalti pada perlawanan yang berlangsung di Anfield pagi tadi selepas terikat dengan keputusan 3-3 pada masa sebenar.

Perlawanan bermula rancak pada minit ke-9 permainan apabila Jamie Vardy berjaya menjaringkan gol pembukaan buat Leicester dimana sepakan deras dengan kaki kanannya berjaya menewaskan penjaga gol liverpool, C.Kelleher.

Selang 4 minit selepas itu, Leicester City menjarakkan kedudukan dengan jaringan kedua sekali lagi menerusi Jamie Vardy selepas dengan mudah menerima hantaran daripada Daka.

Advertisements

Pada minit ke-19 permainan, Liverpool membuka jaringan pertama menerusi sepakan deras daripada Oxlade-Chamberlain dimana beliau dengan mudah menerima hantaran daripada Firmino. Kemudiannya, pada minit ke-33, Leicester berjaya menambah akaun jaringan menerusi sepakan “volley” daripada James Maddison berjaya menerjah gawang Liverpool.

Selepas tamat separuh masa pertama, Liverpool tidak menunggu lama untuk merapatkan jurang jaringan apabila Jota berjaya menyumbat masuk untuk jaringan kedua selepas menerima hantaran pendek daripada Minamino.

Tinggal lagi beberapa minit tambahan masa, penyerang Jepun, Minamino berjaya menjaringkan gol ketiga buat Liverpool sekaligus membantu pasukkannya untuk meneruskan perjuangan ke penentuan sepakan penalti.

Advertisements

Penjaga gol muda Liverpool, C.Kelleher menjadi tonggak utama selepas berjaya menyelamatkan satu sepakan deras daripada pemain Leicester City. Dua pemain Leicester City iaitu Luke Thomas dan Betrand gagal menyempurnakan penalti dengan baik menyebabkan Liverpool mara ke pusingan seterusnya.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1473776189756125185

Keputusan penalti penuh Liverpool 5-4 Leicester City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram