Piala FA: Bukit Tambun Sedia Jadikan Kedah ‘Mangsa’ Pertama
Piala FA
Bukit Tambun FC
Advertisements

Pasukan Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun FC bersedia untuk melakar kejutan ke atas pasukan Kedah Darul Aman dalam saingan pusingan 16 Piala FA kelak.

Ketua jurulatih Bukit Tambun, Hasbul Hazani Daud percaya dengan kemampuan anak buahnya untuk memberikan aksi sukar kepada lawan yang berstatus pasukan Liga Super tersebut.

“Kita tahu siapa Kedah dan bagaimana kedudukan Kedah di Liga Super, dan pengalaman dalam kejohanan ini sendiri, sememangnya ia satu lawan yang sangat kuat bagi kami.

Advertisements

“Namun, saya ada pemain yang cukup bersemangat dan bersedia untuk membuktikan sesuatu walaupun seperti mana orang cakap pasukan M3 adalah pasukan kerdil dan baharu, kami cukup bersedia untuk mengharungi perlawanan ini.” ujar Hasbul Hazani.

Beberapa pemain berpengalaman seperti Abdul Qayyum Jabrullah dan Muhammad Rafiuddin Roddin yang kini menyarung jersi pasukan Bukit Tambun juga menguatkan lagi keyakinan ketua jurulatih tersebut untuk bersaing dalam kejohanan Piala FA tahun ini.

Advertisements

“Tapi untuk musim ini, pasukan ini juga dibarisi pemain yang lebih berpengalaman seperti kita mempunyai bekas kapten pasukan Penang FC dan beberapa orang juga untuk bahagian serangan, kita yakin mampu berikan cabaran yang lebih kepada Kedah.” tambahnya lagi.

Bukit Tambun FC bakal berkunjung ke Stadium Darul Aman pada 14 Jun ini bagi menentang cabaran Kedah dalam aksi pusingan 16 Piala FA.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram