Ads
Piala FA: JDT Iringi Selangor Ke Final, Atasi Kedah Darul Aman
Piala FA
Johor Southern Tigers

Juara bertahan Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengiringi Selangor ke final apabila menundukkan Kedah Darul Aman.

Advertisements

Aksi babak pertama berlangsung baik dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan pada 15 minit pertama permainan.

Advertisements

Peluang terbaik JDT hadir menerusi rembatan kencang Bergson Da Silva dan tandukan Feroz Baharudin namun tidak tepat ke sasaran.

Advertisements
Advertisements

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Bersambung babak kedua, anak didik Hector Bidoglio tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan menerusi Feroz Baharudin pada minit ke-50.

Advertisements

Deretan peluang bagaimanapun disia-siakan oleh JDT untuk menambah jaringan kedua perlawanan.

Penantian itu akhirnya ditamatkan oleh Bergson Da Silva apabila menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit ke-75.

Gol ketiga JDT dijaringkan oleh Juan Muniz pada minit ke-84 sekaligus menutup peluang pelawat bangkit.

Tambahan masa 4 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Advertisements

JDT berjaya mengatasi Kedah Darul Aman di laman sendiri dengan keputusan 5-1 secara agregat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram