Piala FA: Selangor Tewaskan KL City, Mara Ke Suku Akhir
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Selangor mara ke suku akhir Piala FA Malaysia 2022 selepas berjaya menewaskan KL City dalam satu pertembungan derbi lembah klang di Stadium Petaling Jaya.

Jaringan tunggal perlawanan dihasilkan oleh Aliff Haiqal memastikan Selangor mara ke suku akhir Piala FA 2022.

Separuh masa pertama seimbang dengan kedua-dua pasukan beberapa kali melakukan asakan namun tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan.

Advertisements

Bersambung babak ke-2, Selangor turun dengan lebih berhati-hati memandangkan beberapa pemainnya dilayangkan kad kuning pada separuh masa pertama.

Kemasukan Aliff Haiqal pada separuh ke-2 membawa cahaya buat Selangor selepas berjaya menjaringkan gol dalam satu keadaan kelam kabut di kotak penalti KL City pada minit ke-62 menjadikan kedudukan 1-0 memihak kepada Selangor.

KL City memperoleh peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-73 namun sepakan deras Jordan Mintah berjaya ditepis kemas penjaga gawang Selangor, Samuel Somerville.

Advertisements

Perlawanan berkesudahan dengan Selangor berjaya menewaskan KL City 1-0 di Stadium Petaling Jaya.

Selangor bakal berhadapan Sabah 23 Julai ini di Stadium Likas, Kota Kinabalu untuk perlawanan suku akhir Piala FA 2022.

Melaka United bakal melayani kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Hang Jebat, manakala Sri Pahang melayani kunjungan Penang di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Advertisements

Kesemua perlawanan suku akhir Piala FA 2022 dilangsungkan pada 23 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram