Piala Malaysia: Gol Tunggal Cabrera Bantu JDT Raih 3 Mata Berharga
Dunia
Emmer Farid/ SNE Images
Advertisements

Perlawanan kedua saingan Piala Malaysia kumpulan D malam ini menyaksikan pertembungan diantara Johor Darul Ta’zim menentang PJ City di Stadium Sultan Ibrahim.

Skuad kendalian Benjamin Mora hari ini turun mempertaruhkan beberapa muka baru dalam kesebelasan utama. Hazwan Bakri dan Abinmanyu dipertanggungjawabkan untuk memberi tentangan kepada pasukan lawan.

JDT bermula garang seawal minit ke-3 permainan apabila berjaya membuka akaun jaringan. Gol pertama perlawanan terhasil menerusi Gonzalo Cabrera yang melepaskan satu percubaan cantik dari luar kotak penalti. JDT mendahului PJ City, 1-0.

Advertisements

Pasukan PJ City dilihat masih mencari rentak dalam mengatur serangan. Percaturan pasukan pelawat ini beberapa kali berjaya dikekang barisan tengah JDT sebelum mereka merangka untuk melancarkan serangan.

Kedua-dua pasukan tampak mencuba untuk mencari gol, namun bola banyak berlegar dikawasan tengah padang. Tiga minit masa tambahan yang diberikan pengadil di separuh masa pertama tidak mengubah keputusan perlawanan. Babak pertama tamat, JDT 1-0 PJ City.

Perhitungan separuh masa kedua bermula dengan pasukan tuan rumah banyak mengatur serangan menerusi Gonzalo Cabrera dan Natxo Insa. Beberapa percubaan dan serangan berjaya dilakukan namun dihalang kemas pemain pertahanan PJ City.

Advertisements

Beberapa percaturan yang dihasilkan JDT serba tidak menjadi apabila beberapa kali kerap dihalang barisan pertahanan anak buah P. Maniam. Pasukan PJ City pula kurang tajam di bahagian serangan.

Memasuki minit ke-60 permainan, beberapa layanan kad kuning diberikan kepada beberapa pemain. Aksi pergaduhan kecil juga sedikit sebanyak telah menganggu momentum perlawanan. JDT mengutip sebanyak 4 kad kuning manakala PJ CIty mengutip satu kad kuning.

Kemasukan Safiq, De Paula dan Arif Aiman tidak dapat menambah sebarang jaringan buat pasukan tuan rumah. Johor Darul Ta’zim sekadar berpuas hati dengan jaringan tunggal Gonzalo Cabrera. JDT raih tiga mata penuh, tewaskan PJ City dengan 1-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram