Piala Malaysia: Jamal Nasir Ramal JDT Mudah Jinakkan Kelantan
Dunia
NSTP
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan yang juga pemerhati bolasepak tanah air, Datuk Jamal Nasir Ismail menjangkakan tiada kejutan disaksikan di peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Bagi Jamal, pasukan yang dijangka paling tidak bermasalah untuk meneruskan kemaraan adalah juara Liga Super, JDT yang akan berdepan dengan cabaran naib juara Liga Premier, Kelantan.

“JDT kita tahu ‘kelas’ mereka tak sama dengan pasukan dalam Malaysia. Mereka jauh tinggalkan pasukan lain ke depan dan secara peribadi, JDT tak ada masalah nak menang dengan Kelantan,” katanya dipetik dari Arena Metro.

Advertisements

Tambahnya lagi, “Sabah pun sama apabila mereka cukup konsisten dalam Liga Super dan perlawanan dengan Kuching City bukan satu masalah besar buat mereka.”

Sebagai rekod, JDT setakat ini telah mengharungi 29 perlawanan tanpa kalah di pentas domestik, dengan kekalahan terakhir mereka adalah di final Piala Malaysia musim lalu kepada KL City.

Advertisements

Kelantan pula tidaklah berada pada prestasi yang begitu meyakinkan berikutan ketiadaan nama besar mahupun tonggak import namun cabaran mereka tidak boleh dipandang enteng apatah lagi mereka berjaya menyingkirkan pasukan Liga Super, Sarawak United di pusingan kedua tempoh hari.

Motivasi Sabah pula pastinya tinggi berikutan mereka memburu slot ke Piala AFC yang ditawarkan kepada juara Piala Malaysia namun Kuching City tampak sudah bersedia memberi laluan sukar kepada mereka.

Advertisements

Mengenai pertembungan Terengganu dan juara bertahan KL City pula, Jamal cenderung memilih skuad bimbingan Nafuzi Zain untuk meneruskan kemaraan bersama-sama Negeri Sembilan.

Ini kerana menurutnya Terengganu sedang berada di kemuncak prestasi dan ia dibuktikan apabila membelasah Pahang 9-3 secara agregat di pusingan kedua.

Advertisements

“Momentum itu akan diteruskan sehingga final, dan silap-silap kalau jumpa JDT di final nanti, JDT boleh ditewaskan.

“Manakala Negeri Sembilan antara pasukan konsisten musim ini, jadi saya pilih Negeri Sembilan biarpun perlawanan dengan Selangor itu mungkin peluang 50-50, tetapi kelebihan milik Negeri Sembilan,” ujarnya.

Dalam dua pertembungan di Liga Super sebelum ini, kedua-dua pasukan seri 2-2 di Paroi manakala skuad bimbingan K.Devan menang 3-2 di Petaling Jaya.

Aksi pertama suku akhir Piala Malaysia dijadual berlangsung pada 5 dan 6 November sementara perlawanan timbal balik pula pada 11 dan 12 November depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram