Piala Malaysia: JDT Mandi Peluh Sebelum Tewaskan Kelantan
Piala Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

JDT terpaksa bertungkus-lumus sebelum berjaya menundukkan Kelantan 3-0 di Kota Bharu dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia.

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat mendominasi perlawanan dengan tuan rumah sekali-sekala melancarkan serangan balas.

JDT hampir mendahului menerusi sepakan percuma Leandro Velasquez pada minit ke-25 tetapi sepakannya terkena tiang gol Kelantan.

Advertisements

Tetapi kehampaan mereka tidak bertahan lama apabila Bergson da Silva menanduk hantaran sepakan sudut Velasquez masuk ke gawang Red Warriors pada minit ke-29.

Harimau Selatan menyumbat gol kedua menerusi Syafiq Jamal pada minit ke-37 selepas menyudahkan hantaran lintang Afiq Fazail.

Separuh masa kedua menyaksikan Red Warriors cuba bangkit tetapi percubaan mereka berjaya disekat oleh pasukan pelawat.

Advertisements

Sebaliknya, giliran Velasquez menambah gol ketiga JDT menerusi gerakan solo cantik pada minit ke-74.

Bagaimanapun, Harimau Selatan terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Afiq Fazail mengutip kad kuning kedua. Keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat.

Selepas wisel permainan ditiup, pemain Kelantan Jasmir Mehat dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Advertisements

Kedua-dua pasukan bakal bertemu semula pada 11 November ini bagi menentukan siapa layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram