Piala Malaysia Penampilan Terakhir Syahmi Safari Bersama Selangor, Bakal Sertai Kelab Luar Negara?
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Pemain pertahanan Selangor, Muhammad Syahmi Bin Safari bakal membuat penampilan terakhirnya bersama Selangor FC dalam saingan Piala Malaysia 2021. 

Perkara ini telah dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam susulan pertahanan Harimau Malaya itu kini dikhabarkan telah menjadi ejen bebas. Syahmi dan Selangor FC telah mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak yang sebelum ini berbaki lagi dua tahun iaitu sehingga 2023.

Buat masa ini masih belum ada sebarang bayangan pasukan manakah yang bakal disertai beliau. Namun ada ura-ura menjelaskan pemain berusia 23 tahun itu sedang dalam proses perbincangan kontrak dengan beberapa kelab tempatan dan luar negara.

Advertisements

Sebelum ini, Tunku Ismail Idris telah tampil dan memberi bayangan berkaitan status perpindahan pemain ini. Kini Syahmi bakal meninggalkan pasukan Merah Kuning dan kelibatnya tidak lagi kelihatan di Selangor FC dalam saingan liga musim hadapan.

Untuk rekod, Syahmi Safari pada September lalu telah mencapai penampilannya yang ke-100 bersama Selangor FC. Persembahan memukau Syahmi pastinya menjadi buruan pasukan-pasukan besar di dalam Malaysia mahupun luar negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram