Piala Malaysia: Terengganu FC Benam Kuching City Untuk Raih 3 Mata Berharga
Dunia
Malaysian Football League
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 26 Sept – Terengganu FC bermula langkah kanan dalam perlawanan pertama Piala Malaysia 2021 apabila berjaya menewaskan Kuching City FC 2-0. Bermain di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu nyata mendominasi keseluruhan permainan.

Terengganu FC turun menggunakan formasi 4-3-3 dengan mempertaruhkan penjaring terbanyak Liga Premier 2021, Jordan Mintah sebagai penyerang tengah pada malam ini. Kuching City FC pula bermain dengan formasi 4-2-3-1 dan meletakkan Michael Ijezie sebagai penyerang utama pasukan.

Sepakan penalti pertama Lee Tuck berjaya dihadang penjaga gol Kuching City namun tindakan Wan Azraei yang terlebih dahulu keluar daripada garisan gol sebelum Lee Tuck melakukan sepakan menyebabkan pengadil memberikan arahan agar sepakan penalti diambil sekali lagi.

Advertisements

Terengganu FC berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi sepakan penalti yang disudahkan oleh Lee Tuck pada minit ke 23 perlawanan. Walaupun berjaya ditepis Wan Azraei, bola sepakan Lee Tuck tetap berjaya menembusi gawang gol Kuching City.

Kuching City bermain dengan blok pertahanan yang kompak bagi menghalang serangan daripada Terengganu FC namun pasukan tuan rumah tetap berjaya melancarkan beberapa serangan berbahaya. Terengganu banyak menggerakkan serangan dibahagian sayap pasukan menerusi Faisal Abdul Halim dan juga Lee Tuck.

Bermula separuh masa kedua, Faisal Abdul Halim mudah menyepak masuk bola yang melantun keluar setelah dihadang pemain Kuching City untuk menggandakan jaringan. Gol pada minit ke 48 perlawanan tersebut bermula menerusi sepakan sudut Terengganu FC.

Advertisements

Terengganu berjaya meraih 3 mata berharga bagi mendahului kumpulan B Piala Malaysia 2021. Terengganu FC mempunyai beberapa peluang keemasan namun tiada sebarang gol yang dapat dihasilkan selain daripada gol sumbangan Lee Tuck dan Faisal Abdul Halim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram