Pasir Gudang akhirnya menjuarai Liga JDT 2021, Piala Sultan Johor selepas berjaya menewaskan Tangkak 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor pada Jumaat, 14 Januari 2022.
Pasir Gudang bermula baik menerusi sepakan deras Ramzi Haziq dari luar kotak penalti pada minit ke-36.
Bersambung babak ke-2 Tangkak memperkemaskan corak permainan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Syahrizan namun selang 11 minit kemudian Shafiq Baharuddin menggandakan kelebihan jaringan Pasir Gudang menerusi sepakan penalti pada minit ke-81.
Tangkak yang cuba bangkit mencari gol pernyamaan berhadapan tugas sukar selepas salah seorang pemainnya dilayangkan kad merah dan perlawanan berakhir dengan Pasir Gudang berjaya menewaskan Tangkak 2-1 di Stadium Pasir Gudang.
Juara Liga JDT 2021, Piala Sultan Johor membawa pulang hadiah wang tunai RM5000 beserta trofi Piala Sultan Johor.
Perlawanan liga tahunan yang dilangsungkan ini menghimpunkan beberapa pasukan dari seluruh daerah di negeri Johor berjaya mendapat perhatian penyokong bola sepak di negeri ini menerusi siaran langsung di SiniJa TV dan turut menerima kehadiran penonton yang memberangsangkan di stadium.