Advertisement
Piala Sumbangsih: JDT Kekalkan Mahkota Kejuaraan Kali Ke-6 Berturut-Turut
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih apabila mencatatkan kemenangan ke atas Terengganu.

Skuad Harimau Selatan turun dengan misi besar untuk terus mempertahankan mahkota kejuaraan tahun ke-6 berturut-turut.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, anak didik Tano Solari memulakan aksi dengan lamgkah kanan apabila memperoleh jaringan menerusi tandukan Juan Muniz.

Terengganu cuba untuk menjaringkan gol penyamaan menerusi gerakan duo tinggi lampai iaitu Adisak Kraisorn dan juga Ivan Mamut.

Bersambung babak kedua, JDT terus berusaha mengukuhkan cengkaman dengan asakan bertali-arus.

Hasilnya, gol kedua JDT hadir menerusi penyerang sensasi pasukan, Bergson Da Silva pada minit ke-57.

Anak didik Tomislav Steinbrückner cuba mengatur gerak namun kekebalan pertahanan JDT yang dikemudi oleh Jordi Amat berjaya menggagalkan usaha tersebut.

Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat sekaligus menyaksikan JDT berjaya merangkul trofi pertama musim 2023.