Piala Wanita AFF: Singapura Ranap Misi Malaysia Ke Separuh Akhir
MakanBola
FA MALAYSIA

Malaysia meneruskan kempen Piala AFF Wanita 2026 dengan keputusan kalah 3-1 di tangan Singapura pada Khamis.

Skuad negara kendalian Joel Cornelli turun dengan misi penting mengutip 3 mata sulung selepas seri pada aksi pertama ketika bertemu Laos.

Malayan Tigress turun menentang Singapura di halaman sendiri iaitu Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. The Lionesses turut merakamkan keputusan seri pada aksi pertama ketika menentang Laos.

Pemain-pemain sensasi Malayan Tigress, Ainsyah Murad dan Hadfina Firdaus diberi peranan penting bagi meledak pintu gol lawan manakala Singapura meletakkan Izairida Shakira sebagai benteng terakhir The Lionesses.

Aksi berlangsung seimbang dengan pasukan perlawat dilihat lebih menguasai permainan dengan serangan berbahaya manakala skuad Malayan Tigress tampak sedikit bertahan di awal babak aksi.

Peluang terbaik buat Malaysia hadir menerusi penjaring gol penyaman ketika bertemu Laos, Hadfina pada awal babak aksi namun percubaan beliau tidak menepati sasaran gawang pasukan The Lionesses

Selepas itu, pemain bernombor 10 Singapura, Yuvika Suresh berjaya meledak gol pertama aksi sekali gus menewaskan penjaga gol Malaysia, Asma Junaidi pada minit ke-12 dan Danelle Tan menambah gol pada minit ke-45.

Malayan Tigress meraih gol saguhati pada minit ke-59 menerusi Henrietta Justine sebelum Danelle Tan sekali lagi meledak gol ketiga The Lionesses pada minit ke-75 bagi memastikan kemaraan Singapura ke peringkat separuh akhir Piala Wanita AFF 2026.

Aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras tamat dengan keputusan 3-1 memihak The Lionesses.