Jaguh Lubnan, Ramadan Ondash mendedahkan sebab sebenar beliau memilih menentang rakan dan jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali.
Jaguh Lubnan itu melihat perlawanan menentang Johan sebagai perlawanan terbaik buat dirinya meneruskan rentak kemenangan dalam ONE Championship.
Selepas meraih kemenangan ke atas jaguh Thailand, Suriyanlek Por Yenying dalam pertarungan sebelumnya, Ramadan mahu memastikan rentak positif ini berterusan.
“Kalau saya menang atau kalah dalam pertarungan ini, tiada apa yang akan menghalang saya,” katanya dalam satu video yang dikongsikan ONE Championship.
“Saya tak nak bercakap banyak. Saya nak buktikan diri saya (mampu teruskan rentak kemenangan) pada minggu hadapan, Insya Allah.”
Kedua-dua jaguh berada di gelanggang di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand baru-baru ini bagi mempromosikan ONE: The Inner Circle 24 yang akan berlangsung pada 31 Julai ini.
Johan dan Ramadan turut menjadi saksi kejayaan juara dunia pertama ONE Championship dari Malaysia, Aliff Rakib.