Ads
Asia Tenggara
VnExpress/ Vietnam Posts English

Insiden kontroversi pemain skuad bawah 23 Thailand, Jonathan Khemdee yang mencampak pingat perak kepada penonton selepas tamat perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2023 masih belum selesai. Pingat itu kini menjadi perhatian ramai terutamanya warga Kemboja dan ada yang sanggup membelinya dengan harga yang tak masuk akal.

Advertisements

Dipetik dari artikel portal sukan Thailand, Thairath, difahamkan ada individu yang sanggup membeli pingat perak itu dengan harga 1.8 juta baht atau sekitar RM 238,000 jika ditukarkan kepada ringgit Malaysia.

Advertisements

Pingat tersebut kini berada di tangan pemuda dari Kemboja, Chhay Sathya. Sathya telah pun mengumumkan bahawa beliau kini memiliki pingat perak yang dicampak Khemdee di laman Facebook. Sathya juga tidak berniat untuk menjual pingat tersebut walaupun dibuang oleh pemilik asal.

Advertisements

Advertisements

“Saya sangat mencintai pingat ini kerana menampilkan pagoda (kuil) dan ikon-ikon nasional yang lain. Walaupun sudah dibuang, saya tidak akan serahkan pingat ini kepada sesiapa kerana pingat ini melambangkan seluruh jiwa Kemboja saya,” tulis Sathya.

Insiden Khemdee mencampak pingat perak itu telah tular di media sosial dan ramai yang beranggapan bahawa Khemdee tidak menghormati temsaya Sukan Sea itu sendiri. Khemdee yang mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa jelas kecewa dengan perlawanan final bola sepak Sukan Sea menentang Indonesia.

Advertisements
Advertisements

“Saya amat kecewa dengan perlawanan final seperti ini. Hari ini merupakan hari terakhir saya bersama skuad kebangsaan Thailand. Saya mahu berehat, tapi tak tahu berapa lama. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dan pasukan Thailand,” ujar beliau kepada Mzansi Soccer.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram