Gerard Pique Anggap Messi Sebagai Tuhan Di Barcelona
Eropah
Reuters
Advertisements

Pemain pertahanan Barcelona Gerard Pique menganggap Lionel Messi ‘seperti tuhan’ di kelab Barcelona dan beliau akui menangis apabila penyerang Argentina itu berhijrah ke Paris Saint-Germain.

Pique dan Messi adalah rakan sepasukan di Camp Nou ketika usia remaja dan bersatu semula dalam pasukan utama apabila pemain pertahanan itu kembali dari Manchester United pada tahun 2008.

Kedua-dua pemain itu rapat selama bertahun-tahun dan menghabiskan 13 musim bersama di Barcelona sebelum Messi mengambil keputusan untuk ke PSG pada musim panas 2021.

Advertisements

“Bagi kelab Barcelona dan para penyokong kami, Messi dianggap seperti tuhan, Alangkah bagusnya jika dia kekal.” kata Pique kepada The Overlap.

“Lionel Messi adalah pemain terbaik dalam sejarah bola sepak. Messi merupakan pemain terbaik Barcelona. Saya selalu mengatakan bahawa kami mempunyai Messi untuk memenangi kejuaraan, namun begitu kami juga perlu mempunyai pasukan yang bagus. Bergantung harap pada seorang pemain tidak boleh memenangi gelaran.” tambah Pique.

Pada tahun lepas, Messi menangis pada sidang akhbar ketika mendedahkan dia mahu kekal di Barcelona, ​​namun masalah kewangan kelab itu disebut sebagai punca perpindahannya ke PSG. Pique mengerti apa yang telah terjadi dan memahami keutamaan kelab yang dalam usaha menangani masalah kewangan.

Advertisements

Pemain antarabangsa Argentina itu memenangi setiap trofi yang ada bersama Barca dan berlepas sebagai penjaring rekod sepanjang zaman kelab dengan 672 gol dalam 778 penampilan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram