PJ City Ajar Kelab Cara Urus Wang Yang Sebenar
Dunia
Makanbola
Advertisements

Presiden PJ City, Datuk Seri Subahan Kamal telah mendedahkan cara mengurus wang dengan berhemah untuk mengelakkan sesebuah kelab berdepan isu kewangan yang tidak terurus.

Dalam satu sidang media pelancaran jersi PJ City 2022 semalam, Subahan mengakui ini adalah cara terbaik supaya pasukan tidak lagi terpalit dengan isu kewangan yang serius. Namun bagi beliau setiap pasukan dan pengurusan pasti ada formula yang tersendiri untuk menguruskan kewangan pasukan dengan cermat.

“Pada pandangan saya secara peribadi, itu memang satu formula terbaik tetapi setiap pasukan dan pengurusan ada cita rasa tersendiri, ada visi sendiri. Cuma bagi saya itu cara terbaik kalau kita nak kurangkan perbelanjaan pasukan,” katanya ketika disoal pemberita pada semalam.

Advertisements

Dalam pada itu, cara ini juga bertujuan untuk melahirkan lebih ramai lagi pemain yang berbakat untuk diberikan peluang supaya mendapat perhatian daripada jurulatih kebangsaan. Beliau turut bersyukur kerana ramai pemain pasukan PJ City yang telah dipanggil untuk menyertai skuad Harimau Malaya.

“Kita bukan sahaja nak menang piala tetapi kita juga nak melahirkan lebih ramai pemain yang dapat diberikan peluang bermain, supaya jurulatih kebangsaan dapat melihat prestasi mereka. Alhamdulillah, formula yang kita ada sekarang berkesan kerana tiga hingga lima pemain telah dipanggil untuk pasukan kebangsaan,” ujar Subahan.

Sebagai rekod, Kogileswaran Raj adalah antara pemain yang telah mengangkat nama Malaysia tatkala menjaringkan gol bersama skuad kebangsaan di saingan Piala AFF 2020 tempoh hari.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram