PJ City Sedia Berikan Ruang Buat Pemain Tempatan Musim Hadapan
Dunia
PJ City FC
Advertisements

Petaling Jaya City FC dilihat akan terus komited memberi peluang kepada bakat pemain muda pemain tempatan bagi membarisi skuad mereka dalam saingan musim hadapan. 

Penggunaan sepenuhnya pemain tempatan oleh PJ City disambut baik oleh ramai pihak terutamanya bagi peminat bola sepak di Malaysia. Hal ini jelas terbukti boleh memberikan impak besar dimana dapat mencungkil lebih ramai bakat pemain tempatan.  

Ketua Pegawai Eksekutif PJ City, S.Ganesh turut mengesahkan akan meneruskan perancangan mereka iaitu ‘yakini lokal’ dalam mempertaruhkan kekuatan pemain tempatan dalam saingan liga dan piala malaysia musim 2022. 

Advertisements

Ini adalah sebagai salah satu usaha untuk memecahkan rekod sebelum ini dimana pasukan PJ City terkandas di peringkat kumpulan bagi saingan Piala Malaysia pada musim 2018 dan 2019. 

Jurulatih PJ City, P.Maniam sedia memberi cabaran sengit dalam saingan Piala Malaysia yang sedang berlangsung musim ini. Malah, beliau menuntut anak buahnya untuk sentiasa memberikan persembahan terbaik 

“Para pemain tidak perlu memikirkan soal kontrak. Mereka perlu fokus dalam baki perlawanan yang akan datang. Tiada tekanan yang diberikan kepada mereka” 

Advertisements

PJ City kini menduduki tangga ketiga dalam kumpulan D selepas mengharungi dua perlawanan dalam saingan Piala Malaysia 2021. 

Untuk rekod, PJ City FC berjaya menamatkan saingan Liga Super musim ini ditangga ke-7 dengan kutipan 24 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram